Ikuti Kami:

“Saya Tak Percaya” – Dapat Perhatian IU & Dijemput Ke Konsert, Ramai Sebak Tonton Reaksi ‘Peminat Atuk’ Ini

“Saya Tak Percaya” – Dapat Perhatian IU & Dijemput Ke Konsert, Ramai Sebak Tonton Reaksi ‘Peminat Atuk’ Ini

Merupakan seorang penyanyi berbakat, IU mempunyai peminat dari pelbagai peringkat umur.

Baru-baru ini, IU baru sahaja melakukan kemunculan semulanya dengan album “The Winning” dan judul lagu “Shopper”.

Sering berkongsi video lagu cover yang dinyanyikan peminat di laman Instagram, IU juga turut berkongsi video reaksi oleh seorang peminat yang sudah berusia iaitu Zev, yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Atuk UAENA’.

Khususnya dalam video itu, lelaki tersebut memakai bow tie merah bersama pin ‘Hotel del Luna’ yang diletakkan di bajunya, untuk menonton muzik video IU “Shopper”. Sebaik sahaja lagu itu dimainkan, Zev terus tersenyum lebar dan memuji kemahirannya dalam nyanyian dan lakonan.

Rasa dihargai dan bersyukur, IU telah menjemput ‘Atuk UAENA’ itu ke konsertnya di Amerika nanti dan turut memuji pakaian yang digayakannya dalam video itu.

Selepas mengetahui bahawa video reaksinya itu telah di‘notice’ IU dan juga dijemput ke konsertnya, reaksi teruja Zev membuatkan ramai peminat sebak dan berterima kasih kepada wanita itu kerana menghargai peminatnya. Kongsinya di YouTube,

Menerima berita terbaik di dunia!

Alahai kita yang tengok ni pun auto tersenyum sekali!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...