Setiap orang pasti ada hubungan yang berbeza kan dengan ibu bapa mereka?
Begitu juga dengan Song Ji-hyo yang baru-baru ini telah mendedahkan tentang hubungannya bersama ibunya.
Menerusi saluran YouTube “SsukSsuk”, wanita itu pada awalnya mengaku bahawa dia tidak pernah pergi membeli barangan runcit dengan ibunya. Kemudian, dia turut membuat pendedahan yang mengejutkan ramai,
Pada satu ketika, saya mula panggil ibu bapa saya hanya dengan nama mereka. Saya tidak panggil mereka ‘ibu’ atau ‘ayah’.
Jelas Song Ji-hyo mengapa,
Ada sebabnya. Memikirkan perkara itu buat saya sebak. Ada satu hari, ibu saya mengalami masa yang sangat sukar. Dia nangis sambil panggil ibunya sendiri. Melihat itu, saya sedar ‘Dia mungkin ibu saya, tetapi dia juga anak orang’. Sejak saya lahir, saya hanya melihatnya sebagai seorang ibu, jadi saya memutuskan untuk melayannya lebih seperti seorang kawan.
Anak yang baik tau Song Ji-hyo.