Ikuti Kami:

“Saya Tak Nak Teruskan..” – Luah Rasa Penat, Ahli ‘Running Man’ Kritik Pihak Produksi Dek Hal Ini

“Saya Tak Nak Teruskan..” – Luah Rasa Penat, Ahli ‘Running Man’ Kritik Pihak Produksi Dek Hal Ini

Siapa yang setia menonton “Running Man”, pastinya tahu bahawa setiap episod merupakan satu cabaran baru buat setiap ahli.

Setelah 4 minggu berlangsung, akhirnya tayangan istimewa ‘Running Outing: Summer Vacation’ menayangkan bahagian terakhir pada minggu ini.

Untuk yang kali terakhir ini, para ahli perlu menjalani misi dan yang kalah perlu menangkap sotong kurita besar sendiri untuk disediakan buat yang lain. Walau bagaimanapun, Kim Jong-kook dan Ji Suk-jin mempunyai idea lain di mana mereka membeli sahaja sotong itu dari kapten bot dan berlagak seperti ianya ditangkap sendiri.

Selepas selesai memasak, Yoo Jae-suk membuka mulut dan mengkritik pihak produksi kerana menyediakan misi ini,

Memang seronok tapi saya tak boleh hidup seperti ini lagi. Kena masak, kena tangkap makanan sendiri, saya tak boleh berterusan begini.

running man

Tambah Haha, mereka terasa hidup seperti suku kaum yang hidup terpencil. Sambung Ji Suk-jin bersetuju,

Saya tak boleh hidup macam ni, balik rumah nanti saya nak tempah makanan sahaja.

Ketika di akhir episod, Yoo Jae-suk tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan melompat apabila pihak produksi mengumumkan mengenai kesudahan episod istimewa tersebut.

Nampak lah dorang penat..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...