Selepas 16 episod bersiaran, akhirnya “Cheer Up” telah menamatkan tayangan bebrapa hari lalu.
Bagi menyambut kesudahan drama tersebut, pelakon utamanya iaitu Han Ji-hyun telah menjalani temubual eksklusif untuk berkongsi kisah lanjut mengenainya.
Ianya sangat menakutkan. Ianya merupakan pertama kali saya mendekati penonton sebagai watak utama dan kalau saya tak boleh berlakon, tiada siapa yang boleh melindungi saya. Saya merasakan kesemua senior saya sangat hebat.
Jelasnya lagi,
Semasa dalam persiapan, saya banyak berbincang dengan pengarah. Hae-yi ialah watak pertengahan dalam drama ini dan ramai yang dijumpainya. Jadi, tiada babak yang tiadanya. Saya bertanya apa yang perlu diberi fokus tapi pengarah mengatakan saya perlu buat terbaik pada setiap babak. Sebab itu, saya melakukan terbaik.
Dalam pada itu, Han Ji-hyun mengatakan “Cheer Up” ialah sebuah naskhah yang menyejukkan hati dan menyenangkan.
Walaupun hanya mampu berpuas hati dengan catatan rating 2% sahaja, pelakon itu tidak menyesalinya,
Saya sangat bersyukur walaupun dengan catatan itu. Saya berterima kasih buat semua yang menonton drama saya. Ianya merupakan watak utama pertama saya, jadi terima kasih kerana menonton kerja keras saya. Saya tak pasti sekiranya dapat menyapa semua dengan naskhah seperti ini lagi.
Semoga Han Ji-hyun akan bawa banyak watak utama lagi nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.