Ikuti Kami:

“Saya Tak Kan Berlakon Babak Buka Baju..” – Seohyun Girls’ Generation

“Saya Tak Kan Berlakon Babak Buka Baju..” – Seohyun Girls’ Generation

Sedang mempromosikan filem “Holy Night: Demon Hunters”, Seohyun Girls’ Generation berkongsi lebih mengenai visinya sebagai pelakon.

Dalam sebuah wawancara eksklusif, idola tersebut menceritakan mengenai cabaran menjalani penggambaran.

Selepas melalui pelbagai perkara, kini tiada apa lagi yang saya takutkan dalam hidup saya.

Dia turut mengulas,

Imej saya sebagai seseorang yang ‘betul’ itu memang benar. Dalam menjalani kehidupan, saya memang jenis yang mempunyai garis panduan yang jelas. Banyak sisi personaliti saya yang sebenar tidak dapat ditunjukkan sebelum ini, jadi saya ada keinginan untuk meluahkannya melalui lakonan.

Walaupun dia terbuka menerima watak yang kuat seperti pembunuh, Seohyun dengan jujur menyatakan bahawa lakonan yang melibatkan babak berani atau dedahan bukanlah sesuatu yang selari dengan prinsipnya—“Saya tidak mahukannya,” katanya terus terang sambil tersenyum malu, “Selain daripada babak buka baju, saya sanggup buat semuanya.”

seohyun holy night

Seohyun turut berkongsi moto hidupnya,

Pemenang terakhir adalah orang yang baik.

Katanya, dia ingin terus hidup dengan jati diri yang kukuh dan bermaruah, tanpa mudah terpengaruh.

Dalam lakonan pun, saya tak mahu tunjuk secara paksa macam ‘Saya dah berubah’. Sebaliknya, saya nak orang nampak perubahan itu secara semula jadi melalui karya-karya saya.

Mantap Seohyun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   XSports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...