Karina aespa rupanya tak suka wajahnya?
Dalam rancangan YouTube “Lee Mujin Service”, ahli aespa itu mengakui bahawa beberapa kali terfikir untuk menjalani hidup dengan wajah berbeza.
Jelasnya,
Saya rasa penampilan saya sangat berpolar (pendapat berbeza). Saya bersyukur apabila orang kata saya cantik, tetapi secara jujurnya, kadang-kadang saya tidak begitu faham.
Dia menambah,
Saya ada rupa yang agak tajam, jadi kadang-kadang saya tertanya-tanya bagaimana rasanya mempunyai wajah yang lebih lembut dan bulat. Wajah kegemaran saya adalah daripada senior Shin Min-ah, Shin Se-kyung, dan Jun Ji-hyun.
Malah dia juga menyukai wajah Park Bo-young yang digambarkan lembut dan manis, dan wanita itu jujur mengakui bahawa dia ingin merasai perasaan memiliki wajah sedemikian sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Dah cantik lah, Karina!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.