Tiada siapa dapat menyangkal kecantikan Son Ye-jin kan?
Untuk pameran istimewa Bucheon International Fantastic Film Festival ke-28 yang sedang berlangsung kini, Son Ye-jin telah dinobat sebagai protagonis untuk tahun ini.
Dalam sebuah temubual istimewa, Son Ye-jin mengakui bahawa benar-benar naif dan cantik semasa 20-an ketika merakamkan filem “The Classic” dan “A Moment To Remember”,
Pada masa itu, saya rasa saya tidak fikir saya cantik dan biarkan begitu sahaja.
Namun apabila melihat gambar lama yang kerap dimuat naik di media sosial kini, pelakon wanita itu baru benar-benar mengamati penampilannya dahulu,
Tetapi sekarang, saya tidak akan pernah memiliki mata atau penampilan itu lagi. Jadi saya berfikir, ‘Mungkin saya tidak dapat menikmati menjadi cantik pada masa itu.’
Tetap cantik je kan Son Ye-jin?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.