Ikuti Kami:

“Saya Tak Dapat Datang..” – Sohyun Bekas Ahli 4Minute Kongsi Dah Terima Jemputan Kahwin Hyuna

“Saya Tak Dapat Datang..” – Sohyun Bekas Ahli 4Minute Kongsi Dah Terima Jemputan Kahwin Hyuna

Kalau korang peminat K-Pop, mesti akan kenal punya dengan kumpulan 4Minute kan?

Baru-baru ini, salah seorang bekas ahli 4Minute iaitu Kwon So-hyun telah terlibat dalam satu temu bual ketika penampilannya di ‘Busan International Film Festival’.

Ketika sesi temu bual, So-hyun turut berkongsi bahawa dia sudah menerima jemputan dari Hyun-a untuk perkahwinannya bersama Jun-hyung tak lama lagi. Luahnya,

Kami telah cuba untuk berjumpa tetapi jadual kami tak sepadan. Kami akhirnya bertemu di sekitar Chuseok dan saya menerima jemputan di sana. Susah nak percaya bahawa Hyun-a akan berkahwin tapi saya harap dia bahagia dan hidup dengan indah.

kwon sohyun hyuna

Namun, So-hyun akui bahawa dia tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan tersebut dan menjelaskan sebabnya,

Saya sepatutnya datang tetapi saya mempunyai jadual di Festival Filem Antarabangsa Busan sehingga 11 Oktober jadi, saya tak pasti saya akan datang. Saya dah beritahunya bahawa saya tak dapat datang dan dia faham.

Sebelum ini, agensi telah mengesahkan bahawa Hyun-a akan melangsungkan perkahwinannya dengan Yong Jun-hyung pada bulan Oktober ini.

Tahniah Hyun-a!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...