Ikuti Kami:

“Saya Tak Buat Carian Di Internet Kerana Risau Mental Terganggu” – Kim Seonho

“Saya Tak Buat Carian Di Internet Kerana Risau Mental Terganggu” – Kim Seonho

Bukan mudah menjadi pelakon, kerana respon penonton adalah segalanya bagi mereka.

Terbaru, Kim Seon-ho yang kembali dengan drama baru “The Tyrant” telah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman di sebalik tabir naskhah berkenaan.

Akuinya, dia sedikit gementar untuk melihat respon penonton meskipun menerima pujian sebelum ia bersiaran

Pada mulanya, saya tidak dapat menontonnya. Sejujurnya, kerana saya takut. Walaupun kami seronok semasa penggambaran, cara penonton melihatnya adalah berbeza.

the tyrant

Jelasnya, dia hanya melihat mengenai respon orang ramai selepas beberapa jam ia bersiaran dan berasa rendah hati melihat keputusannya.

Saya menahan diri kerana bimbang keadaan mental saya mungkin terganggu, tetapi pasukan promosi terlebih dahulu mengumpulkannya dan menghantarnya kepada saya.

Dalam pada itu, “The Tyrant” tersenarai tinggi di saluran Disney+ di beberapa negara selepas ia diriliskan buat umum.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Hankook Kyungje

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...