Ikuti Kami:

“Saya Tak Bohong” – Peminat ‘Bengang’ Dengar Pengakuan Jujur Han Sohee Ini, Dah Kenapa?

“Saya Tak Bohong” – Peminat ‘Bengang’ Dengar Pengakuan Jujur Han Sohee Ini, Dah Kenapa?

Kalau cakap tentang pelakon wanita cantik di Korea Selatan, nama Han So-hee pastinya tidak akan terkecuali.

Terbaru pada 25 Januari, Han So-hee telah muncul dalam satu video temu bual bersama majalah Elle Korea, di mana wanita itu ada menjawab beberapa soalan dari peminat.

Khususnya, salah satu soalan yang diterimanya ialah,

Apabila awak melihat diri awak di cermin, adakah awak pernah berfikir ‘Wah, saya cantik’.

Respon Han So-hee,

Tidak. Sejujurnya saya tidak pernah fikir begitu kepada diri saya sama sekali dan saya tidak berbohong sekarang. Namun baru-baru ini, saya berusaha untuk berfikir seperti itu kerana saya rasa seronok bila orang cakap saya cantik.

han sohee

Selepas mendengar kenyataan pelakon “Nevertheless” itu, netizen rata-rata tidak berpuas hati kerana ramai yang berpendapat bahawa Han So-hee bukan sahaja seorang pelakon berbakat malahan, merupakan antara pelakon wanita paling cantik kini.

Antara komen yang ditulis,

Duh dia memang cantik.

 

Dia yang cantik dan tak sedar pun dia cantik, saya taklah cantik mana tapi saya berlagak cantik 😭

 

Han So-hee kalau suruh pose ‘muka buruk’ pun mesti tetap nampak cantik juga.

 

Cik, tolong sedar yang awak cantik sangat!!!

Han So-hee kurang keyakinan ke tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...