Ikuti Kami:

“Saya Tak Berminat…” – Jin BTS Beri Respon Mengenai Karier Lakonan

“Saya Tak Berminat…” – Jin BTS Beri Respon Mengenai Karier Lakonan

Jin BTS baru-baru ini berkongsi mengenai pelan aktiviti solonya yang akan datang bersama peminat. Agak-agaknya nak terus jadi pelakon ke?

Banyak peminat yang sudah pun mengetahui bahawa Jin merupakan graduan dari Filem dan Seni Visual dari Universiti Konkuk, Korea Selatan. Dia kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Hanyang Cyber, dalam jurusan filem. Ini sekaligus membuktikan bahawa dia seorang idola yang berbakat dan juga berpelajaran. jin Ekoran daripada itu, pelan Jin untuk melibatkan diri dalam dunia lakonan amatlah dinantikan oleh peminat. Perkara itu juga turut disokong oleh ahli BTS yang lain kerana mereka lihat potensinya yang besar dalam karier lakonan.

Bagaimanapun, baru-baru ini Jin berkongsi pandangan jujurnya mengenai lakonan mereusi aplikasi Weverse. Apabila ARMY mengajukan soalan kepadanya, bila kah dia bakal memulakan karier lakonannya, dia berkata,

Saya sendiri tidak pasti. Baru-baru ini timbul khabar angin bahawa saya akan berlakon. Saya sebenarnya tidak ada sebarang perancangan untuk itu. Saya tidak rasa saya mahu lakukan itu lagi. 

jinPerkara ini sebenarnya bukan lah sesuatu mengejutkan kerana sebelum ini dalam siaran Youtube,”BTS Festa 2022″, Jin juga pernah menyuarakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang minat dalam karier lakonan buat masa sekarang.

Takpelah, apa pun keputusan Jin, nak berlakon ke menyanyi je ke… ARMY tetap akan sokong kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...