Ikuti Kami:

“Saya Tak Ada Kekuatan Dulu” – Lee Junho Kongsi Sebab Terus Perkenalkan Diri Sebagai ‘Junho 2PM’

“Saya Tak Ada Kekuatan Dulu” – Lee Junho Kongsi Sebab Terus Perkenalkan Diri Sebagai ‘Junho 2PM’

Merupakan antara idola yang dikenali ramai dahulu, Lee Jun-ho terus mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan kini. Bahkan persembahan hebat yang ditunjukkan dalam “The Red Sleeve” terus membuktikan bahawa lelaki itu bakal menjadi pelakon rebutan nanti.

Meskipun semakin dikenali sebagai pelakon, ramai yang memuji Lee Jun-ho kerana masih tidak melupakan akar umbinya sebagai ahli 2PM. Bahkan klip dia memperkenalkan diri sebagai ‘Jun-ho dari 2PM’ semasa memenangi anugerah di ‘2021 MBC Drama Awards’ baru-baru ini tular di laman komuniti.

lee junho 2pm

Apabila ditanya mengapa dia terus menggunakan kata sapaan itu, Lee Jun-ho menyatakan bahawa terdapat sejarah mengapa ianya sebegitu.

Saya pernah bercakap mengenainya dalam pelbagai rancangan semasa aktif sebagai 2PM sebelum ini di mana terdapat ketika saya tidak mempunyai kekuatan untuk memperkenalkan 2PM secara sendiri.

Sudah 14 tahun sejak kemunculan pertama saya, namun saya berasa kecewa apabila tidak dapat mempromosikan 2PM dengan kekuatan saya sendiri pada ketika itu.

Namun dia sudah boleh melakukannya kini,

Apabila saya mula berlakon dan debut sebagai penyanyi di Jepun serta melakukan konsert jelajah, saya berfikir selepas menerima kasih sayang yang banyak, ‘Walaupun saya sedang bergerak solo, saya mesti beritahu semua orang mengenai 2PM’.

lee junho 2pm

Jelasnya lagi, tiada apa yang istimewa mengenainya memandangkan ia adalah sesuatu yang natural. Malah dia mahu generasi baru yang hanya mengenalinya sebagai pelakon agar mengetahui mengenai kariernya sebagai penyanyi.

Dalam pada itu, Lee Jun-ho menerima pujian ramai selepas menunjukkan bakat lakonan yang hebat sebagai raja Yi San dalam drama “The Red Sleeve” selain menerima anugerah ‘Pelakon Lelaki Terbaik’ atas persembahannya itu baru-baru ini.

2PM sentiasa di hati!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...