Mesti ramai yang tertanya-tanya kan sekiranya Ji Chang-wook dah ada teman wanita sekarang ni.
Terbaru, pelakon “Revolver” iaitu Ji Chang-wook, Lim Ji-yeon, Kim Jong-soo dan Kim Jun-han telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Shin Dong-yeop.
Selain bercakap tentang filem itu, Shin Dong-yeop turut menyentuh tentang kehidupan peribadi Ji Chang-wook dan menyatakan,
Apa yang saya suka tentang Ji Chang-wook ialah dia masih belum ‘ditangkap’ bercinta dengan sesiapa.
Respon Ji Chang-wook,
Saya suka bercinta secara senyap-senyap dan putus pun secara senyap-senyap.
This is the full ver. Later Ji Changwook revealed his type of dating and Lim Jiyeon said she knew everything😂
(This convo was before changwook mentioned her bf name aka lee dohyun) pic.twitter.com/QWtLqTNqE6
— limz🦊🐹 (@skovlimsi) August 12, 2024
Mendengar jawapan lelaki itu, Lim Ji-yeon mencelah,
Saya tahu semuanya tetapi saya tak bertanya kepadanya tentang itu. Saya hormat dia kerana kami berdua adalah pelakon. Saya hormat kisah percintaannya. Tak mungkin dia tak dating dengan sesiapa sedangkan dia sekacak ini?
Siapalah agaknya yang dapat rebut hati Ji Chang-wook tu!