Ikuti Kami:

“Saya Suka Yang Bijak” – Wi Hajoon Kongsi Ciri Wanita Idaman & Populariti Kini

“Saya Suka Yang Bijak” – Wi Hajoon Kongsi Ciri Wanita Idaman & Populariti Kini

Sejak “Squid Game” ditayangkan, nama Wi Ha-joon terus menjadi sebutan ramai peminat K-Drama. Sentiasa membawa watak hero kedua dan psikopat, karakter sebagai satu-satunya polis yang menggapai keadilan nyata menarik perhatian ramai.

Bukan sahaja pengikut media sosial menaik malah dia turut tersenarai dalam ranking ’25 Pelakon Hot Di TV Kini’ oleh majalah People’s baru-baru. Komen lelaki itu dalam temubual bersama sebuah majalah,

Hingga kini, saya masih tidak percaya perkara sebegini boleh berlaku terhadap saya. Saya mempunyai tuah yang baik dengan muncul dalam drama hebat.

wi hajoon

Wi Ha-joon turut sempat berkongsi mengenai ciri-ciri wanita idamannya,

Saya sukakan seorang yang bijak. Pasangan impian saya seorang yang mengagumkan dan kuat untuk berdiri menghadapi orang lebih kuat dan pemurah kepada yang lemah. Saya rasa untuk kami membesar dan melalui penambahbaikan, saya perlu boleh belajar daripadanya juga.

Bagi lakonannya pula, Wi Ha-joon berkongsi mengenai sasaran peribadinya,

Saya mahu mendengar orang berkata, ‘Awak mesti boleh percaya dengan lakonan Wi Ha-joon. Saya mahu orang rasakan bahawa saya ialah seorang yang peramah dan saya juga mahu mengekspresi diri dan memberikan banyak kasih sayang bermula sekarang.

wi hajoon

Dah seronok nak tengok Wi Ha-joon dalam “Bad And Crazy” dengan Lee Dong-wook nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...