Ikuti Kami:

“Saya Suka Suami Orang” – Penangan ‘Hellbound’, Ramai Buat Pengakuan Di Laman ‘New Truth Society’

“Saya Suka Suami Orang” – Penangan ‘Hellbound’, Ramai Buat Pengakuan Di Laman ‘New Truth Society’

Nampaknya hebat betul penangan “Hellbound” sampaikan laman untuk ajaran-pseudo iaitu ‘New Truth Society’ turut menjadi perhatian ramai.

Kalau anda perasan, watak Song So-hyeon (Won Jin-ah) turut ada menggunakan laman berkenaan dalam salah satu episod siri Netflix itu.

Kalau anda masuk ke laman utamanya, akan terpampang gambar ketuanya iaitu Jung Jin-soo (Yoo Ah-in), Kim Jong-chil (Lee Dong-hee) serta beberapa figura lain dalam ajaran berkenaan.

netflix hellbound

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila laman ‘papan demonstrasi’ dibuka, terdapat notis pendek yang bertulis ‘Sila buat pengakuan mengenai dosa anda’. Di situ, dapat dilihat ramai netizen Korea meninggalkan komen dan meluahkan dosa mereka.

Saya mencintai suami orang.

 

Saya mahu berjumpa dengan orang itu sekali lagi.

 

Saya sudah tahun mencintai lelaki 5 tahun lebih muda. Adakah berdosa sekiranya awak mahukan sesuatu yang tak boleh dimiliki?

 

Saya berbohong dan mengatakan mahu ke sekolah kepada ibu saya namun sebenarnya saya melepak bersama kawan setiap hari. Saya juga beritahu mahu ke kafe belajar.

 

Saya tak sakit tapi saya gunakan cuti sakit untuk pergi bercuti.

 

Saya bukanlah anak yang baik sehingga kini malah saya juga bukan kawan yang baik.

netflix hellbound

Habis semua luah perasaan dekat laman berkenaan. Dari hubungan cinta dan juga kisah kehidupan seharian.

Untuk pengetahuan, “Hellbound” membawa kisah malaikat yang mempunyai kuasa luar biasa muncul secara tiba-tiba dan mengheret manusia ke neraka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...