Ikuti Kami:

“Saya Suka Program Tu Sejak Kecil..” – Yoo Seonho Akui Rasa Beban Jadi Ahli Baru ‘2 Days & 1 Night’

“Saya Suka Program Tu Sejak Kecil..” – Yoo Seonho Akui Rasa Beban Jadi Ahli Baru ‘2 Days & 1 Night’

Baru-baru ini, pelakon Yoo Seon-ho telah terlibat dengan temu bual khas susulan tamatnya drama “Under the Queen’s Umbrella”.

Khususnya ketika sesi temu bual, Yoo Seon-ho turut berkongsi perasaannya menjadi ahli terbaru rancangan “2 Days & 1 Night” musim keempat.

Dia berkata pada awalnya,

Pertama sekali, ia adalah program yang saya suka sejak kecil, jadi ada sedikit kebimbangan dan beban.

yoo seonho

Bagaimanapun, Yoo Seon-ho tetap teruja untuk menemui penonton menerusi program berkenaan. Jelasnya,

Saya tidak sabar ingin berjumpa awak pada tahun 2023 dengan ‘2 Days & 1 Night’ dan menerusi kerja-kerja lain. Saya tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Dalam pada itu, episod pertama musim keempat “2 Days & 1 Night” dijangka bakal memulakan tayangan pada Disember ini.

Fighting Yoo Seon-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...