Ikuti Kami:

“Saya Suka Memasak Untuk Orang Yang Saya Sayang” – Hyunbin

“Saya Suka Memasak Untuk Orang Yang Saya Sayang” – Hyunbin

Nampaknya kita semakin menghampiri tarikh perkahwinan Son Ye-jin dan Hyunbin. Tak sabar nak lihat mereka disatukan!

Khabarnya, pasangan kesayangan ramai itu sedang sibuk menguruskan segala urusan untuk majlis gilang-gemilang itu. Pun begitu, kedua pelakon ini turut sibuk dengan prmosi aktiviti seni mereka.

Terbaru, Hyunbin telah menyertai sebuah temubual bersama sebuah jenama yang menampilkannya sebagai duta.

hyunbin

Apabila ditanya sama ada dia rajin memasak, jawab lelaki itu,

Ya, baru-baru ini saya memasak galbi-jjim (tulang rusuk rebus). Saya mengambil sedikit masa untuk menyiapkannya. Saya mengikut resipi di Internet.

Hyunbin juga mengakui bahawa dia suka memasak untuk orang disayangi,

Saya suka memasak untuk orang tersayang, terutamanya pada ketika kami tidak boleh makan di luar. Pada masa akan datang, saya akan mengatur masa, dan saya akan berlatih memasak.

hyunbin

Disebabkan oleh temubual ini, ramai peminat menebak bahawa pelakon lelaki itu sering kali menunjukkan bakat memasak buat tunangan, Son Ye-jin. Malah galbi-jjim yang baru dimasaknya itu merupakan makanan popular di Daegu, iaitu tempat kelahiran pelakon wanita tersebut.

Bahagia bila orang tersayang masak untuk kita, betul tak? Untung Son Ye-jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...