Selepas “Queen of Tears”, pasti ramai yang ternanti-nantikan drama Park Sung-hoon yang seterusnya.
Baru-baru ini, Park Sung-hoon telah terlibat dengan satu temu bual, selepas tamatnya drama “Queen of Tears”.
Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu mendedahkan bahawa dia mempunyai keinginan untuk berlakon dalam drama komedi romantik dengan berkata,
Saya telah memainkan banyak watak penjahat tetapi saya suka komedi. Kali ini, saya mahu melakukan kisah percintaan dengan komedi di dalamnya. Saya suka genre komedi dan menghormati pelawak.
Sambungnya lagi,
Saya ingin terlibat dengan drama seperti ‘Oh My Ghost’. Saya mahu melakukannya. Saya juga sangat suka Park Bo-young dan ingin bekerja dengannya.
Semoga dapat tengok mereka berlakon bersama!