Lingling yang berasal dari Malaysia dan baru sahaja debut bersama KIIRAS telah berkongsi perasaannya.
Kelmarin, kumpulan KIIRAS mengadakan showcase pelancaran single pertama mereka bertajuk ‘Kill My Boss’ di Ilchi Art Hall, Cheongdam-dong, Gangnam, Seoul.
Pada hari tersebut, Lingling berkata,
BLACKPINK sunbaenim adalah idola kami. Setiap kali melihat persembahan mereka, tenaga dan karisma mereka sangat luar biasa. Kami juga ingin menjadi seperti mereka.
Lingling merupakan artis K-Pop wanita pertama dari Malaysia yang debut secara rasmi. Mengenai hal ini, dia berkata,
Walaupun saya tidak menjalani tempoh sebagai pelatih yang lama, ia tetap mencabar. Jadi, saya masih sukar mempercayai yang saya benar-benar telah debut. Saya kini memegang gelaran sebagai idola wanita pertama dari Malaysia, jadi saya rasa sangat bertanggungjawab dan ingin melakukan yang terbaik.
Dia turut berkata,
Peminat dari Malaysia telah memberikan sokongan sejak sebelum debut lagi. Sokongan itu sangat memberi saya kekuatan. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh agar suatu hari nanti dapat ke Malaysia dan berjumpa peminat di sana.
Selamat berjaya Lingling dan KIIRAS!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.