Jessi sememangnya dikenali sebagai seorang yang tidak hiraukan kata-kata orang lain mengenai penampilannya.

Terbaru, dalam program “Women Running The Chart”, mereka berkongsi ranking selebriti Korea dengan kesihatan yang baik dek pengurusan diri ketat.
Dalam senarai ini, Jessi tersenarai di tangga ketiga dengan penampilan badan yang ‘curvy’. Mengimbas kembali kata-katanya dahulu,
Saya merasakan saya cool apabila memakai bikini. Kerana ia adalah keyakinan saya. Apa salahnya memakai bikini?
Bahkan apabila ada yang meninggalkan reaksi ‘marah’ pada artikel mengenai fesyen beraninya, Jessi membalas,
Tak, kenapa asyik marah je?
Katanya lagi,
Saya berbangga dengan badan saya dan siapa anda untuk menghukum saya? Ini badan saya, dan kalau awak tak nak tengok, janganlah tengok.
Dalam program “The Joy Of Conversation 3” tahun lalu, dia berharap agar semua memandangnya dengan persepsi baik,
Saya harap semua lebih terbuka. Ramai keji apabila saya memuat naik gambar sendiri memakai pakaian renang. Jadi apa yang awak pakai di tepi kolam renang? Kalau awak kata pakaian saya seksi, saya akan berpakaian lebih seksi. Ini hidup saya.
Tambahnya,
Wanita kena sentiasa cantik dan kurus, ini ialah standard Korea. Tapi saya hanya hidup sekali, jadi saya mahu hidup semahu saya.
Betul kata Jessi!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.