Ikuti Kami:

“Saya Solo..” – Ahn Jaehyun ‘Bergurau’ Isu Penceraian Bersama Gu Hyesun

“Saya Solo..” – Ahn Jaehyun ‘Bergurau’ Isu Penceraian Bersama Gu Hyesun

Sebuah video yang menampilkan Ahn Jae-hyun telah dimuat naik ke saluran YouTube “STUDIO WAFFLE” baru-baru ini.

Video itu menampilkan rakan baik, penyanyi Kyuhyun dan pelakon Ahn Jae-hyun dari rancangan realiti bersaing dalam kuiz untuk menentukan siapa yang “kurang bijak”. Semasa diberikan kuiz untuk meneka nama-nama program, Kyuhyun berjaya menjawab dua soalan manakala Ahn Jae-hyun gagal memberikan jawapan yang betul.

Kemudian, apabila hos Jang Sung-kyu bertanya kepada Ahn Jae-hyun jika ada program yang ingin dia sertai. Jawabnya,

Saya sangat ingin muncul di ‘I Live Alone’.

ahn jaehyun kyuhyun

Jelas pelakon tersebut secara berseloroh,

Di mana kamu boleh jumpa seseorang yang tinggal sendiri dengan begitu yakin?

Disebabkan oleh keyakinan dia bergurau mengenai status ‘single’ kini selepas bercerai dengan Gu Hye-sun beberapa tahun lalu, Kyuhyun dan Jang Sung-kyu hanya mampu terdiam tanpa berkata apa-apa.

Untuk pengetahuan, Ahn Jae-hyun dan Gu Hye-sun berkahwin pada tahun 2016 dan bercerai pada tahun 2019 atas alasan tiada kesefahaman.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...