Ikuti Kami:

“Saya Sokong Baek Yijin & ‘Cutie Pie'” – Choi Taejoon Kongsi Ucapan Buat ‘Twenty Five, Twenty One’

“Saya Sokong Baek Yijin & ‘Cutie Pie'” – Choi Taejoon Kongsi Ucapan Buat ‘Twenty Five, Twenty One’

Selepas berkahwin, Choi Tae-joon telah membuat penampilannya yang pertama sebagai ‘cameo’ dalam “Twenty Five, Twenty One”.

Untuk pengetahuan, Choi Tae-joon telah muncul dalam episod 6 drama popular “Twenty Five, Twenty One” sebagai Jung Ho-jin iaitu teman lelaki kepada Na Hee-do (Kim Tae-ri). Dalam adegan mereka, Choi Tae-joon dan Kim Tae-ri memanggil satu sama lain dengan nama samaran, ‘Alkong’ (Cutie Pie) dan ‘Dalkong’ (Sweetie Pie), yang mana telah menjadi sebutan ramai dek lakonan comel kedua mereka.

Memberi sokongan buat drama itu, pada 21 Mac, Choi Tae-joon telah memuat naik foto ‘screenshot’ babak dari “Twenty Five, Twenty One” di mana dia membuat penampilan istimewa.

Dalam foto yang dimuat naik, Choi Tae-joon menulis kapsyen,

Sejujurnya, saya menyokong wartawan Baek Yi-jin dan Cutie Pie…bukan maksud saya Na Hee-do. Saya sangat seronok. 2521♥ Daripada Cupid Jung Ho-jin.

Sementara itu, Choi Tae-joon telah berkahwin dengan Park Shin-hye pada Januari lepas, dan bakal menimang cahaya mata mereka yang pertama tidak lama lagi.

Comel je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...