Ikuti Kami:

“Saya Sibuk Jaga Anak & Suami” – Kim Taehee Akui Guna Laser Muka Bagi Jaga Penampilan

“Saya Sibuk Jaga Anak & Suami” – Kim Taehee Akui Guna Laser Muka Bagi Jaga Penampilan

Kim Tae-hee mengakui pernah mengalami kebimbangan terhadap penampilannya.

Terbaru, wanita itu mengadakan temu bual eksklusif bersama media Taiwan. Kim Tae-hee sempat berkongsi tentang kerisauan yang pernah dialaminya berkaitan rupa parasnya. Dia berkata,

Saya mula rasa tidak tenang apabila melepasi umur 35 tahun. Ketika itu, saya juga berkahwin dan melahirkan anak, jadi sibuk dengan urusan keibubapaan. Apabila saya memasuki usia 30-an, proses penuaan mula kelihatan. Kulit saya tidak setegang dahulu. Menjelang akhir 30-an, saya mula rasa bimbang.

kim taehee

Namun, Kim Tae Hee berkata bahawa dia telah belajar untuk menerima dirinya,

Saya sedar ada perkara yang saya tidak boleh ubah. Apabila saya berusaha untuk lakukan yang terbaik, saya mula temui daya tarikan lain dalam diri. Saya mahu terus kekalkan daya tarikan dan kecantikan saya yang lain selepas ini.

Sebagai ibu kepada dua orang anak perempuan, Kim Tae-hee mengakui sukar untuk memperuntukkan masa untuk menjaga penampilan,

Sebab itu saya menjalani rawatan laser secara berkala. Saya lebih suka sesuatu yang tidak keterlaluan dan nampak semula jadi.

Untuk makluman, Kim Tae-hee berkahwin dengan penyanyi Rain pada tahun 2017 dan dikurniakan dua anak perempuan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...