Siap sedia semua untuk saksikan drama baru yang akan dibintangi ramai pelakon hebat!
Pada 31 Mac nanti, Lee Dong-wook, Lee Joo-bin, Lee Kwang-soo dan Lee Da-hee akan menemui penonton menerusi drama “The Divorce Insurance”, yang akan berkisar tentang seorang pakar insurans yang berhasrat untuk mencipta produk insurans perceraian.
Menerusi sesi sidang media yang berlangsung, Lee Kwang-soo bercakap mengenai wataknya sebagai An Jeon-man, iaitu seseorang dengan tugas untuk mencadangkan langkah pencegahan kemalangan dan program insurans.
Ulasnya,
Ini adalah cabaran yang saya alami buat kali pertama walaupun dalam kehidupan yang tertumpu semata-mata pada keselamatan. Saya bersetuju untuk muncul dalam drama ini selepas dipujuk oleh rakan rapat saya, Lee Dong-wook. Saya akan menunjukkan bagaimana watak saya, berkembang dalam pasukan insurans penceraian.
Sementara itu, “The Divorce Insurance” akan mula bersiaran pada 31 Mac nanti.
Jangan lupa tonton!