Ikuti Kami:

“Saya Sepatutnya Lakukan..” – Jisoo BLACKPINK Kongsi Perasaan Sepanjang Bergelar Artis

“Saya Sepatutnya Lakukan..” – Jisoo BLACKPINK Kongsi Perasaan Sepanjang Bergelar Artis

Ji-soo bakal menjadi tetamu pertama buat rancangan bual bicara Hye-ri.

Pada 4 Januari, Hye-ri telah memuat naik sebuah video yang berjudul “If you are a fan of Hyeri, you must watch this video” di akaun YouTube miliknya.

Di dalam video tersebut ahli GIRL’S DAY itu telah menunjukkan proses perbincangan mengenai perkara baru yang ingin dilakukannya.

Setelah membuat keputusan untuk melakukan rancangan bual bicara, video tersebut langsung menunjukkan teaser tetamu pertama yang bakal muncul di rancangan tersebut.

Di mana, rata-rata penonton terkejut selepas menyedari bahawa tetamu pertama yang bakal muncul bagi episod istimewa tahun baru merupakan Ji-soo BLACKPINK.

Dalam masa yang sama, Ji-soo juga telah menarik perhatian ramai selepas dia berkata,

Bagi saya, saya tidak pernah terfikir untuk jadi seperti orang lain atau lakukan yang lebih baik dari seseorang.

jisoo yt

Tambah ahli BLACKPINK itu,

Saya hanya lihat diri saya sendiri dan berkata saya sepatutnya lakukan lebih baik dari diri saya yang lalu.

Episod penuh yang menampilkan Ji-soo akan mula ditayangkan di Youtube pada 5 Januari ini. 

Tak sabar nak tonton perkongsian Ji-soo dalam rancangan ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...