Ikuti Kami:

“Saya Sentiasa Bayang Yoo Jaesuk Sebagai MC Utama” – Jung Chulmin Dedah Sebab Pemilihan Ahli ‘The Sixth Sense’

“Saya Sentiasa Bayang Yoo Jaesuk Sebagai MC Utama” – Jung Chulmin Dedah Sebab Pemilihan Ahli ‘The Sixth Sense’

Selepas tinggalkan “Running Man”, ramai yang ternanti-nanti projek baru daripada pengarah Jung Chul-min. Terus masuk tvN sahaja, pengarah tersebut berjaya merebut satu slot program baru bertajuk “The Sixth Sense”.

Malah semakin mengujakan apabila rancangan itu dibarisi dengan nama hebat seperti Yoo Jae-suk, Jun So-min dan Jessi selain disertai oleh selebriti yang amatur dalam rancangan hiburan iaitu pelakon Oh Na-ra dan Mi-joo (Lovelyz). Kelima-lima ahli ini disertai seorang tetamu jemputan setiap minggu dan mereka akan melawat ke lokasi atau benda yang mempunyai latar belakang pelik. Dengan menggunakan deria ke-6, setiap daripada ahli ini perlu merungkai mana yang palsu, mana yang benar.

Jung Chul-min mendedahkan sebab kenapa dia memilih untuk membawa Yoo Jae-suk menyertai rancangan ini,

Saya bersembang dengan Yoo Jae-suk di telefon dan nampaknya selebriti tidak tahu mengenai banyak perkara atau tempat yang sedang popular kerana tidak mampu keluar sewenang-wenangnya apabila tidak muncul di kaca televisyen. Kunci utama program ini ialah mencari restoran atau pun individu yang luar biasa.

Tak kira program apa yang saya rancang, sudah pasti saya bayangkan Yoo Jae-suk sebagai pengacara utamanya. Saya rasa saya mampu maju sejauh ini adalah kerana sokongannya yang utuh. Saya banyak berbincang dengannya pada masa lepas dan kami mempunyai cara kerja yang mirip., jadi lebih mudah untuk kami mencapai kata sepakat. Saya fikirkan mengenainya sejak daripada awal merancang ‘The Sixth Sense’.

tvn the sixth sense

Jung Chul-min juga berkongsi bahawa dia suka mengambil selebriti yang asing dengan orang awam tetapi yang orang awam mahu kenali dengan lebih mendalam.

Semasa menonton drama lakonan Oh Na-ra, saya terfikir bagaimana dirinya dalam dunia sebenar? Saya rasa dia akan menunjukkan sisinya yang unik jikalau muncul dalam rancangan hiburan. Saya juga rasa disebabkan Jun So-min, Jessi dan Mi-joo mempunyai personaliti yang kuat, mereka boleh membantu Oh Na-ra yang tidak biasa dengan rancangan hiburan.

Bahkan pengarah itu turut berkongsi sebab dia memilih ahli wanita yang lain,

Saya berkawan baik dengan Jun So-min dan saya tahu bahawa dia berbakat dan bekerja keras dalam semua perkara yang dilakukannya, sebab itu saya mahu dia menyertai program ini. Saya pernah melihat Jessi sebagai tetamu dalam banyak rancangan lain dan saya sedar walaupun dia tampil kasar di luar namun sebenarnya dia sangat lembut di dalam. Saya mahu penonton melihat sisi Jessi yang memikirkan tentang orang lain. Saya juga tertarik dengan personaliti Mi-joo yang bekerja keras.

tvn the sixth sense

Bakal memulakan tayangan pada malam ini di tvN, sama-sama kita saksikan rancangan baru kelolaan Jung Chul-min ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...