Ikuti Kami:

“Saya Selesa” – Konsert Jelajah Selesai, IU Beli Tiket ‘Business Class’ Untuk Lebih 100 Staf Pulang Ke Korea

“Saya Selesa” – Konsert Jelajah Selesai, IU Beli Tiket ‘Business Class’ Untuk Lebih 100 Staf Pulang Ke Korea

Bukan sahaja seorang artis berbakat, IU turut disayangi kerana peribadinya yang disenangi ramai!

Pada 5 Ogos, media melaporkan bahawa IU telah membelikan tiket kelas perniagaan buat semua staf yang terlibat untuk konsert jelajahnya, pulang ke Korea dari Amerika Syarikat.

Malahan menerusi Instagram, salah seorang kakitangan berkongsi foto di dalam kapal terbang dan menulis,

Terima kasih kepada Ji-eun (IU), saya sangat selesa dalam perjalanan untuk pulang ke Korea.

iu her world

Selain itu, beberapa staf yang lain turut meluahkan rasa syukur kepada penyanyi “Holssi” itu dan berterima kasih atas ganjaran yang diberikan.

Menurut laporan, IU telah membeli tiket ‘business class’ untuk lebih 100 kakitangan, termasuklah buat penari, kakitangan agensi, pasukan konsert dan kakitangan keselamatan.

Macam eh nak kerja dengan IU juga hehe.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.