Ikuti Kami:

“Saya Selalu Dimaki..” – Song Jihyo Kongsi Kisah Sebelum Jadi Pelakon

“Saya Selalu Dimaki..” – Song Jihyo Kongsi Kisah Sebelum Jadi Pelakon

Lain macam cara artis Korea mendapat peluang untuk menyertai dunia hiburan dahulu.

Dalam episod terbaru “Running Man”, Song Ji-hyo telah menceritakan bagaimana dia direkrut untuk menjadi pelakon dahulu. Ceritanya semasa bersembang dengan ahli lain,

Saya dipanggil berlakon semasa sedang bekerja separuh masa di Apgujeong-dong. Saya tak mengharapkannya pun dan ia berlaku secara tak sengaja. Saya hanya membantu di kedai itu selama seminggu kerana mereka tak cukup pekerja dan dalam tempoh itu, saya menerima tawaran untuk memulakan karier lakonan.

song jihyo

Apabila ahli mengatakan bahawa Song Ji-hyo mesti popular dalam kalangan kejiranannya pada masa itu,

Saya tak pernah dapat nombor telefon sesiapa. Tapi saya sering dimaki kakak-kakak di Apgujeong-dong.

Jelasnya,

Pada ketika itu, ada seorang pelanggan meminta saya menyediakan jus segar tapi saya tak tahu apa maksudnya. Pelanggan itu kemudian memarahi saya kerana tidak faham apa yang dia mahukan.

song jihyo

Tanya Yang Se-chan sama ada pelanggan itu mencemburuinya, jelas wanita tersebut,

Bukan, sebab kedai lain ada menjual jus cuma kami yang tidak menyediakannya. Sebab itu kejadian itu berlaku.

Jauh perjalanan Song Ji-hyo sebelum menjadi pelakon.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...