Ikuti Kami:

“Saya Seksi Tak..” – Han Jihyun Ulas Babak Intim 19+ Bersama Lee Sangyi Dalam ‘Spice Up Our Love’

“Saya Seksi Tak..” – Han Jihyun Ulas Babak Intim 19+ Bersama Lee Sangyi Dalam ‘Spice Up Our Love’

Selepas “No Gain No Love”, Han Ji-hyun dan Lee Sang-yi sekali lagi bergandingan dalam drama “Spice Up Our Love”.

Untuk pengetahuan, “Spice Up Our Love” merupakan sekuel dari “No Gain No Love”, mengikuti Nam Ja-yeon (Han Ji-hyun) sebagai seorang penulis novel web 19+ yang diangkut sendiri ke dalam kisah novelnya dan terjerat dengan percintaan bersama Kang Ha-joon (Lee Sang-yi).

Dalam satu sesi temu bual, Han Ji-hyun berkongsi persiapannya untuk drama tersebut,

Saya membaca novel 19+ itu dan ia memerlukan saya untuk menulis setiap butiran kecil. Ia lebih sukar dari yang saya fikirkan.

spice up our love

Kemudian, wanita itu turut bercakap tentang wataknya yang harus menggambarkan percintaan dewasa yang ghairah bersama Lee Sang-yi. Luahnya,

Saya bimbang tentang cara untuk gambarkan babak itu. Setakat ini, saya hanya merakam babak ciuman biasa je dalam projek lain jadi, saya sangat gementar. Saya terus fikir ‘Adakah saya cukup seksi?’. Tapi pada akhirnya, saya buat je.

Sementara itu, “Spice Up Our Love” hanya mempunyai 2 episod dan telah pun mula bersiaran pada 3 Oktober.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...