Ikuti Kami:

“Saya Sedih..” – Syarikat Penubuhan Sendiri Terpaksa Ditutup, Kang Daniel Luah Perasaan Sebenar

“Saya Sedih..” – Syarikat Penubuhan Sendiri Terpaksa Ditutup, Kang Daniel Luah Perasaan Sebenar

Selepas 5 tahun beroperasi, Kang Daniel nampaknya terpaksa membuat keputusan sukar iaitu untuk menutup syarikat penubuhannya.

Terbaru, Kang Daniel meluahkan perasaannya selepas agensinya Konnect Entertainment terpaksa ditutup akibat pemegang saham utama syarikat telah terlibat dengan penyelewengan, pecah amanah, penipuan dan banyak lagi.

Luah lelaki itu,

Hello, ini Kang Daniel. Separuh tahun ini telah pun berlalu. Memandangkan cuaca tiba-tiba menjadi lebih panas, saya menyedari betapa cepatnya masa dah berlalu.

Perjalanan saya bersama KONNECT, yang telah menjadi rumah saya sejak lima tahun lalu dan juga mengajar saya tanggungjawab, telah berakhir. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua pekerja dan semua orang yang ketawa, menangis dan memimpin KONNECT bersama-sama dengan saya. Saya tidak akan lupakan perasaan ini.

Sambung Kang Daniel,

Walaupun saya berasa sedih dan kesal dengan berita buruk ini, saya bercadang untuk mengatasinya dengan cara sendiri. Saya juga akan menggunakan masa ini untuk merenung bagaimana untuk mencipta masa depan yang lebih baik.

Dan kepada DANITY (nama kelab peminatnya), yang saya sedang fikirkan lebih daripada orang lain sekarang, saya akan kekal tidak berubah di sisi anda sebagai Kang Daniel. Saya akan bekerja keras untuk mencuba dan membawa berita baik kepada anda dengan cepat, jadi jangan terlau risau dan pastikan anda makan makanan yang sedap!

Terima kasih.

Semoga terus maju jaya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...