Ikuti Kami:

“Saya Sayang Sangat..” – Sudah Berumur 54 Tahun, Uhm Junghwa Luah Sebab Tidak Mahu Berkahwin

“Saya Sayang Sangat..” – Sudah Berumur 54 Tahun, Uhm Junghwa Luah Sebab Tidak Mahu Berkahwin

Uhm Jung-wa telah menceritakan sebab dirinya tidak mahu berkahwin.

Pada 14 Februari, Uhm Jung-hwa telah membuat kemunculan sebagai tetamu dalam rancangan “Supermarket So-ra” milik Lee So-ra. Di mana, penyanyi itu telah ditanya mengenai sebab mengapa dia masih belum berkahwin.

Penyanyi yang berusia 54 tahun itu membalas,

Saya pernah berfikir untuk berkahwin sebelum ini, dan masa itu juga saya mempunyai teman lelaki. Tetapi selepas saya fikir balik, perasaan untuk berkahwin itu terus hilang.

Tambahnya,

Perkahwinan bukan sebab kenapa saya meneruskan kehidupan dan saya sayang sangat dekat pekerjaan saya. Disebabkan itu juga saya buat keputusan untuk fokus dengan kerjaya saya walaupun ianya agak sukar.

uhm-jung-hwa-lee-sora

Katanya lagi,

Meskipun kerjaya saya tidak akan terjejas jika saya buat keputusan untuk kahwin, saya lebih sukakan kehidupan saya yang sekarang. Sebab itu saya tidak mahu berkahwin.

Tak kisahlah jika Uhm Jung-hwa nak kahwin atau tidak, asalkan Uhm Jung-hwa bahagia kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...