Ikuti Kami:

“Saya Sayang Dia Tapi..” – Sejak Keluar ‘Running Man’, Ji Sukjin Akui Kekok Dengan Lee Kwangsoo?

“Saya Sayang Dia Tapi..” – Sejak Keluar ‘Running Man’, Ji Sukjin Akui Kekok Dengan Lee Kwangsoo?

Betul ke Lee Kwang-soo dan Ji Suk-jin kekok bersama?

Dalam episod terbaru “Pinggyego”, Lee Kwang-soo, Ji Suk-jin dan Yang Se-chan telah hadir sebagai tetamu. Semasa bersembang di awal episod, Lee Kwang-soo mengakui bahawa Ji Suk-jin hanya menghubunginya apabila ada rakaman sahaja.

Ketika Ji Seok-jin tiba-tiba muncul, Lee Kwang-soo menyambutnya dengan mesra sambil berkata,

Ini kali pertama kita berjumpa sejak rakaman awal rakaman ‘Pinggyego’ dahulu (setahun lalu).

Ji Suk-jin menjawab dengan canggung,

Kau masih tinggi seperti dulu.

ji sukjin lee kwangsoo

Lee Kwang-soo kemudian marah sambil bergurau,

Kenapa cakap macam kita tak mesra? Kenapa abang ni selalu rasa canggung dengan saya?

Balas lelaki tua itu,

Saya sayang dia, cuma dah lama tak jumpa.

Dalam pada itu, Ji Suk-jin sempat meluahkan mengenai hubungan rapat antara mereka semasa di “Running Man” disebabkan oleh pakatan ‘Feel Chok Cross’ yang disukai penonton.

Biasalah, masing-masing sibuk bekerja kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...