Ikuti Kami:

“Saya Sayang Dia” – Jessi Kongsi Kebaikan Yoo Jaesuk

“Saya Sayang Dia” – Jessi Kongsi Kebaikan Yoo Jaesuk

Siapa yang sering menonton program “The Sixth Sense”, pastinya tahu keakraban hubungan Jessi dan Yoo Jae-suk kan?

Dalam Instagram Live terbarunya, Jessi berkongsi kisah mengenai ahli “The Sixth Sense” terutamanya Yoo Jae-suk.

Akui penyanyi itu, pengacara lelaki tersebut merupakan seorang yang sangat hebat,

Awak tahu tak kenapa saya sayang Jae-suk oppa? Dia sangat selalu menghubungi saya dan menghantar mesej bertanya mengenai khabar saya. Ianya sangat ringkas seperti, ‘Jessi, awak sedang buat apa tu?’ tapi melihatkan dia peduli dan menghubungi saya adalah sangat hebat. Orang sepertinya yang sangat sibuk, pengacara terhebat dengan belasan program..

jessi ig

Jelasnya lagi,

Bukannya dia menghubungi semua orang saban hari, tapi dengan caranya yang melayan saya seperti keluarga, sangat menggembirakan. Mungkin kerana dia tahu saya berseorangan di Korea, dia tahu saya sering merindui ayah dan ibu. Saya tak perlu beritahu dan dia tahu mengenainya. Jadi, dia sememangnya seorang yang baik dan ayah yang hebat.

Bestnya kalau ada rakan seperti Yoo Jae-suk.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...