Meskipun sibuk dengan konsert jelajah dunia kini, namun Ji-soo BLACKPINK tetap setia memberikan sokongan buat sahabatnya, Lee Hye-ri.
Terbaru pada 29 Oktober, Hye-ri telah berkongsi foto trak kopi dan churros di Instaram miliknya, yang dihantar Ji-soo ke set drama “May I Help You”.
Berkongsi beberapa foto dirinya bergambar dengan trak kopi, Hye-ri meluahkan rasa syukurnya,
Trak kopi, churros dan makanan ringan yang dihantar oleh Kim Jishoo (nama Ji-soo ditulis dengan cara yang comel). Anda pasti sibuk dengan konsert jelajah dunia, jadi saya lebih, lebih, lebih bersyukur. Ji-soo adalah yang terbaik~~~~ Saya sayang awak, kawan saya.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, di sepanduk trak yang dihantar Ji-soo turut ditulis,
Semoga berjaya, ‘May I Help You?’ Baek Dong-joo! Awak nombor 1 di setiap 100 saya, Hye-ri.
Sekadar info, Hye-ri juga turut menghadiri konsert BLACKPINK “BORN PINK” di Seoul, bagi memberi sokongan buat sahabatnya Ji-soo dan Rosé.
So supportive!