Ikuti Kami:

“Saya Sangat Kacak” – Kongsi Bahagian Kegemaran Di Wajah, Peminat Kagum Dengan Keyakinan Park Bogum

“Saya Sangat Kacak” – Kongsi Bahagian Kegemaran Di Wajah, Peminat Kagum Dengan Keyakinan Park Bogum

Memang tidak dinafikan bahawa Park Bo-gum merupakan antara pelakon lelaki Korea dengan wajah kacak.

Baru-baru ini, Park Bo-gum telah muncul dalam video temu bual di YouTube bersama majalah Esquire korea, di mana pelakon itu ada menjawab pelbagai soalan.

Dalam video itu, pelakon tersebut menjawab sebab dia suka mengambil mirror selfie dan memuat naiknya di Instagram,

Saya tidak pandai mengambil swafoto. Saya berasa selesa dan semula jadi apabila melihat diri saya di cermin dan saya rasa ia kelihatan bagus.

Kemudian ketika ditanya apa yang dia fikirkan apabila melihat dirinya di cermin, Park Bo-gum secara berseloroh menjawab,

Saya fikir seperti ‘Wah, sangat kacak’. Perasaan macam tu?

park bogum

Selain itu, pelakon berumur 30 tahun itu membuatkan ramai tertawa apabila dia mendedahkan bahagian di wajahnya yang paling dia suka,

Saya suka mata, hidung, mulut. Saya suka mereka semua.

Park Bo-gum memang handsome pun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...