Ikuti Kami:

“Saya Risau Penonton Bosan” – Ha Jungwoo Ulas Mengenai Jalan Cerita Siri ‘Narco-Saints’

“Saya Risau Penonton Bosan” – Ha Jungwoo Ulas Mengenai Jalan Cerita Siri ‘Narco-Saints’

Korang ada tak yang mengikuti siri Netflix, “Narco-Saints”?

Baru-baru ini, pelakon utama siri Netflix, “Narco-Saints”, Ha Jung-woo tampil di Actors House yang bertempat di KNN Tower KNN Theater di Busan.

Melihat kepada bentuk penceritaan yang ‘besar’ dan padat, Ha Jung-woo meluahkan kebimbangannya kerana baginya siri itu bagaikan filem yang berdurasi 6 jam lamanya.

Filem selalunya berdurasi 2-3 jam sahaja untuk memuatkan semua penceritaan dan juga pengenalan semua watak. Namun, “Narco-Saints” mungkin akan mengambil masa 6 jam lamanya. Saya bimbang jika penonton mula berasa bosan dan ‘clueless’ jika ianya terlalu lama. 

ha jungwooHa Jung-woo menambah,

Apabila saya meneliti watak Kang In-gu, saya mula terfikir, “Watak ini akan masuk akal tak?” Saya kurang yakin yang seorang penjahat boleh terjebak dengan situasi sebegitu namun dia masih boleh ‘survive’. Saya juga ada berbual dan berbincang dengan pengarah Yoon Jong-bin untuk menyesuaikan watak dengan jalan cerita. 

Ha Jung-woo sendiri terkejut mendengar khabar bahawa watak yang dibawanya merupakan watak dari kehidupan sebenar.

Pada bahagian pertama, saya menunjukkan keupayaan Kang In-gu sebagai orang awam untuk memberi pemahaman yang mudah kepada penonton. Ia seperti membina ‘subtext’ untuk menunjukkan bahawa dia boleh ‘survive’.

ha jungwooDia terus menambah,

Cara watak Kang In-gu berurusan dengan watak lain amat berbeza. Tapi saya cuba untuk menyesuaikannya secara terperinci sebagai contoh, bagaimana Kang In-gu meningkatkan keupayaan bahasa Inggerisnya hari demi hari. 

Risau betul Ha Jung-woo…

Apa pendapat korang? Best tak siri tu…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...