Ikuti Kami:

“Saya Risau..” – Penggambaran Solo Pertama Buatnya, Soobin TXT Luah Rasa Gementar

“Saya Risau..” – Penggambaran Solo Pertama Buatnya, Soobin TXT Luah Rasa Gementar

Soo-bin TXT baru-baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Marie Claire!

Penggambaran Soo-bin untuk majalah Marie Claire keluaran Februari akan datang, merupakan penggambaran solo pertamanya untuk sebuah majalah, dan dia mengaku dalam temu bual selepas penggambaran bahawa dia pada mulanya gementar untuk melakukannya sendirian. Kata Soo-bin,

Jarang sekali saya melakukan sesuatu tanpa ahli TXT yang lain, jadi saya sangat risau. Saya sangat gementar, tetapi terima kasih kepada suasana hangat di set, rasa gementar saya terus hilang.

Pada tahun 2021, TXT telah mencipta banyak rekod baharu, serta mempunyai pencapaian yang mengagumkan dalam kerjaya mereka. Antaranya ialah, album TXT “The Chaos Chapter: FREEZE” ialah album terlaris No. 1 oleh mana-mana kumpulan atau artis lelaki di Amerika Syarikat pada tahun 2021, TXT juga merupakan satu-satunya artis K-pop yang membuat debut tiga album di Billboard 200, lagu utama kumpulan itu “0X1=LOVESONG (I Know I Love You)” menjadi lagu bahasa Korea pertama yang menghabiskan masa lebih 100 jam di No. 1 pada carta masa nyata Line Music di Jepun dan banyak lagi kejayaan lain. Mengenai pencapaian tersebut, ketua kumpulan TXT, Soo-bin mengulas,

Pada mulanya, ia tidak terasa nyata, dan saya tidak percaya. Memandangkan kami tidak dapat mengadakan jelajah dunia, saya tidak dapat merasakan pertumbuhan kami dari segi kelab peminat. Tetapi disebabkan keputusan seperti ini, saya menjadi yakin bahawa jalan yang kami lalui adalah betul, dan ia membuatkan saya berasa bangga dan gembira.

txt soobin marie claire

Lagu TXT semua best-best kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...