“Saya Risau Kerana Sudah Berkahwin” – Yoo Sun Ulas Babak Ranjang Dalam ‘Eve’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Tidak dapat dinafikan, drama “Eve” terpalit kontroversi sejak awal tayangan hingga keakhirnya.
Yoo Sun membawa watak Han So-ra yang sentiasa mendambakan kejayaan. Merupakan anak kepada ahli politik Han Pan-ro (Jeon Gook-hwan) dan isteri Kang Yoon-kyum (Park Byung-eun, wanita itu menyembunyikan rasa risau dan obses terhadap suaminya disebalik imej yang glamor.

Dipuji ramai kerana watak antagonisnya yang menjadi, rata-rata penonton turut berasa puas melihat Yoo Sun menjerit dan berlakon ‘gila’ bagi menjayakan watak Han So-ra.
Perkara paling sukar ketika membawa watak ini ialah babak menjerit. Saya tak pernah menjerit seperti itu dalam kehidupan seharian saya.
Dalam pada itu, Yoo Sun turut mengulas mengenai “Eve” yang menjadi topik hangat perbulan dek babak ranjang yang mengejutkan.

Katanya,
Tak seperti pelakon lain, saya berasa risau kerana saya sudah berkahwin tapi pengarah memahami hal ini dan mencuba meringankan beban itu. Dia memaparkan babak itu dan menerangkan gaya suntingan dan pergerakan kamera secara terperinci. Staf lain juga membantu saya untuk lebih fokus ketika penggambaran, jadi ianya berjalan dengan pantas.
Bukan senang nak bawa waak seperti itu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




