Ikuti Kami:

“Saya Risau Kalau Ia Tak Berlaku..” – RM & Suga Kongsi Pelan BTS Untuk Tahun 2025

“Saya Risau Kalau Ia Tak Berlaku..” – RM & Suga Kongsi Pelan BTS Untuk Tahun 2025

Peminat pasti tahu bahawa Suga BTS akan menjadi pengacara bagi program rancangan bual bicaranya sendiri berjudul “Suchwita”.

Terbaru, episod pertama “Suchwita” telah dilancarkan di YouTube dan RM tampil sebagai tetamu, memberi sokongan buat Suga.

Ketika sedang berborak, Suga dan RM turut berkongsi pelan BTS pada tahun 2025 selepas ahli selesai menjalani latihan ketenteraan. RM berkata pada awalnya,

Wow, itu dalam masa yang lama. Pada tahun 2025, saya akan menamatkan perkhidmatan tentera saya dan akan mula menumbuhkan rambut saya semula.

Jelas ketua kumpulan BTS itu lagi,

Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada tahun 2025, tetapi jika saya kembali bekerja awal, saya fikir mungkin… saya boleh menyediakan beberapa lagu sebelum ahli lain datang, untuk BTS atau untuk saya.

bts

Kemudian, Suga turut bersetuju bahawa ianya sukar untuk bercakap dengan yakin tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan, kerana berfikir jauh ke hadapan boleh membawa kepada kebimbangan untuk perkara yang belum diketahui,

Saya rasa inilah sebabnya sukar untuk kami bercakap tentang perkara yang akan kami lakukan pada 2025. Kami sentiasa begitu. Apabila kita berkata, ‘Tidak mungkin perkara itu akan berlaku’, kita akan mula risau.

RM menambah,

Tidak kira apa yang berlaku, pada tahun 2025, jika kita semua dapat kembali bersama-sama dan mempromosikan sebagai kumpulan penuh, itu bagus… sungguh. Saya fikir itu adalah ideal.

bts

ARMY akan sentiasa tunggu BTS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...