Ikuti Kami:

“Saya Risau Kalau..” – Jarang Buka Mulut, Hyeri Akhirnya Perjelas Skandal Cinta Tiga Segi Bersama Ryu Junyeol & Han Sohee

“Saya Risau Kalau..” – Jarang Buka Mulut, Hyeri Akhirnya Perjelas Skandal Cinta Tiga Segi Bersama Ryu Junyeol & Han Sohee

Meskipun sudah lama berlalu, media nampaknya masih bercakap tentang kontroversi cinta tiga segi antara Hye-ri, Ryu Jun-yeol dan Han So-hee.

Terbaru dalam satu temu bual untuk filem “Victory”, Hye-ri sekali lagi telah ditanya tentang responnya di Instagram selepas mengetahui Ryu Jun-yeol dan Han So-hee sedang bercinta.

Bagi yang belum tahu, selepas tersebar berita percintaan Ryu Jun-yeol antara Han So-hee sebelum ini, Hye-ri menarik perhatian dengan menulis,

Menarik.

Ketika sesi temu bual, ahli Girl’s Day itu menjelaskan sebab dia memberi respon sebegitu,

Saya akan bercakap tentang perkara ini secara ringkas. Saya tiada banyak perkara lagi untuk diperkatakan tetapi saya akan mengambil masa dua minit untuk cakap tentang ini.

hyeri han sohee ryu junyeol

Sambungnya,

Kebimbangan utama saya ialah isu peribadi ini mungkin akan menenggelamkan filem ini, yang saya benar-benar suka dan juga menitiskan air mata semasa sidang akhbar. Saya bimbang perkara ini akan dapat perhatian lebih dari filem ini sendiri.

Jelas Hye-ri lagi,

Namun jika saya ingat kembali, sebagai seorang manusia, Hye-ri, saya percaya itulah yang saya rasakan. Itulah sebabnya saya bertindak seperti itu.

Dah la tu, benda dah lepas kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...