Ikuti Kami:

“Saya Risau.. Dia Tak Pandai Bersolek” – Haha Dedah Sisi Sebenar Song Jihyo

“Saya Risau.. Dia Tak Pandai Bersolek” – Haha Dedah Sisi Sebenar Song Jihyo

Sudah seperti keluarga, sudah semestinya ahli “Running Man” sangat mengenali antara satu sama lain.

Terbaru, Song Ji-hyo yang bertugas sebagai hos dan juga pemilik salon untuk rancangan “Hemeko Show” telah menjemput Haha sebagai tetamunya. Semasa di awal perjumpaan, Haha berterusan mengusik wanita itu,

Awak tahu cara bersolek? Ramai kata rambut kau macam pengemis.

Balas Song Ji-hyo,

Awak juga datang selepas mendengar gosip berkenaan kan?

Jawab lelaki itu,

Bukan sebab khabar angin tapi saya datang sebab risaukan awak.

song jihyo haha

Kata ahli “Running Man” itu, wanita berkenaan sangat ‘cool’ dengan pemilihan pakaian harian malah Jung-hyuk yang merupakan rakan hos program itu mengakui bahawa Song Ji-hyo hanya hadir memakai pakaian hitam semasa di awal perjumpaan mereka.

Haha kemudiannya menambah,

Dia memang begitu. Dia sangat santai. Kerana wajahnya cantik, dia hanya menggunakan krim pelindung matahari atau yang mana yang asas sahaja, saya pernah melihatnya berdandan sangat.

Sambung mereka, disebabkan oleh hal itu, ahli “Running Man” memang sangat terkejut melihat penampilan Song Ji-hyo apabila dia bersolek dan bersiap dengan rapi untuk mana-mana majlis anugerah hujung tahun.

Kalau dah cantik, tak perlu beria bersiap pun kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Top Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...