Ikuti Kami:

“Saya Risau..” – Daesung BIGBANG Kembali Ke Bidang Hiburan Selepas 12 Tahun

“Saya Risau..” – Daesung BIGBANG Kembali Ke Bidang Hiburan Selepas 12 Tahun

Dah lama kan tak dengar cerita tentang Dae-sung?

Dae-sung yang merupakan salah seorang dari ahli kumpulan lelaki lagenda Korea iaitu BIGBANG telah dipilih menjadi penerbit serta juri bagi rancangan hiburan berunsurkan ‘Trot’ buat kali pertama di dalam hidupnya.

Rancangan survival ‘Trot’ yang bertajuk “Living Singer” itu akan disiarkan buat pertama kali pada 28 November. Rancangan ini merupakan rancangan hiburan muzik survival yang bertujuan untuk mencari tujuh penyanyi ‘Trot’ wanita yang bakal mewakili Korea di pertandingan Raja Trot Korea-Jepun pada tahun 2024 ini.

Malah, rancangan ini telah menarik perhatian ramai pihak selepas mereka memilih Dae-sung BIGBANG sebagai salah seorang penerbit dan juri terpenting di dalam rancangan tersebut. Dalam masa yang sama, Dae-sung juga telah mengumumkan kemunculannya semula di bidang hiburan selepas 12 tahun menerusi rancangan ini.

Daesung trot

Kata ahli BIGBANG itu,

Saya gembira sebab ini adalah peluang yang baik untuk saya menimba pengalaman bersama guru-guru serta barisan senior yang hebat. Saya juga berasa sangat teruja.

Di samping itu, Dae-sung bukan sahaja terkenal di Korea, malah dia juga pernah menyapu bersih carta Oricon di Jepun serta sudah beberapa kali mengadakan konsert di Tokyo Dome yang juga merupakan tempat idaman semua penyanyi.

Tambah Dae-sung lagi,

Walaupun sudah lama di dalam dunia muzik, saya masih lagi mempunyai banyak kerisauan tentang bagaimana saya boleh membantu peserta-peserta rancangan ini. Saya akan bekerja keras dan lakukan yang terbaik untuk membantu mereka.

Wow semangat ini yang kita mahukan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...