Ikuti Kami:

“Saya Risau BLACKPINK Akan Dilupakan..” – Rosé

“Saya Risau BLACKPINK Akan Dilupakan..” – Rosé

Bukan senang menjadi idola..

Terbaru, Rosé telah menyertai program YouTube milik Daesung ‘ZIP Daesung’ untuk bercerita lebih mengenai kehidupan peribadi dalam album solo ‘rosie’.

Jelasnya, sebelum ini, dia merupakan seorang yang terlalu memberikan fokus bekerja sehingga tidak terasa mahu berehat. Namun pengalaman mengambil cuti sehari penuh benar-benar mengubah dirinya, dan keesokan harinya, dia mula memberi perhatian kepada perkara-perkara yang sebelumnya tidak dapat dia perhatikan.

Ketika Daesung menyebut tentang bagaimana COVID-19 memberi kesan besar kepadanya, Rosé mendedahkan satu perjuangan peribadi yang mendalam, dengan mengatakan bahawa dia sebenarnya mengalami kayap semasa COVID kerana terlalu risau tentang BLACKPINK.

Saya terfikir, ‘Bagaimana jika tiada siapa yang mahukan BLACKPINK lagi?’ Pada masa itu, kami… sedang berusaha untuk lebih maju. Tetapi saya sangat risau tiada siapa yang akan mahu kami lagi. Saya terfikir apa lagi yang boleh saya lakukan.

rose daesung

Ulasnya, dia tidak mahu menganggur dia usia muda itu sementelah menanam impian untuk menjadi artis sejak berusia 16 tahun.

Pengakuan jujurnya memberi kesan mendalam, mendedahkan tekanan yang dihadapi oleh BLACKPINK di sebalik kejayaan global mereka.

Tapi BLACKPINK tetap popular kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...