Ikuti Kami:

“Saya Rindukan Dia..” – Meski Dalam Tentera, J-Hope Kongsi Jin Sering Beri Sokongan

“Saya Rindukan Dia..” – Meski Dalam Tentera, J-Hope Kongsi Jin Sering Beri Sokongan

Peminat pasti tahu bahawa semua ahli BTS mempunyai hubungan rapat bagai isi dengan kuku antara satu sama lain.

Terbaru, salah seorang ahli BTS iaitu J-Hope telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube Jae-jae di rancangan “Civilization Express”.

Dalam siaran tersebut, J-Hope berkongsi pengalamannya membuat persembahan solo di festival muzik ‘Lollapalooza’ pada tahun lalu,

Saya membuat persembahan sambil menerima cinta yang tidak terhingga. Ia adalah langkah pertama saya sebagai artis solo jadi, saya rasa sangat gementar. Saya akan rasa tertekan apabila saya tidak melakukannya dengan betul.

Kemudian, ketika ditanya bagaimana rasanya membuat persembahan dan menyambut tahun baru di Times Square, New York City, ahli BTS itu menjawab sambil ketawa,

Saya rasa seperti seorang bintang dunia.

j-hope

Tambahnya lagi sambil memetik nama rakan ahli iaitu Jin,

Jin sangat pandai dalam hal ini. Saya merindui Jin yang pergi ke tentera.

Mendengar luahan J-Hope itu, pengacara Jae-jae bertanya,

Saya dengar Jin menghubungi awak sehari sebelum pentas tahun baru di New York?

Jawab penyanyi lelaki itu,

Panggilan itu datang dari kod kawasan yang pelik jadi saya bertanya ‘Apakah ini?’. Saya akhirnya menjawab panggilan itu dan ia adalah suara Jin.

Suka betul tengok hubungan rapat mereka!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...