Ikuti Kami:

“Saya Rasa Tertekan..” – Dibandingkan Dengan Son Yejin Dalam ‘The Pirates’, Han Hyojoo Luah Perasaan

“Saya Rasa Tertekan..” – Dibandingkan Dengan Son Yejin Dalam ‘The Pirates’, Han Hyojoo Luah Perasaan

Han Hyo-joo baru-baru ini membuat perubahan yang mengagumkan dalam filem “The Pirates: Goblin Flag”, sekuel filem box-office hit “The Pirates”.

Pada 14 Januari, Han Hyo-joo telah mengadakan temu bual bersama dengan saluran media, di mana dia mengulas tentang pelbagai cerita yang berkaitan dengan filem “The Pirates: Goblin Flag”. Pada awal sesi temu bual, Han Hyo-joo bercakap tentang usaha yang dia lakukan untuk menjadi lanun, termasuk latihan di sekolah aksi selama tiga bulan.

Ia adalah cabaran baharu bagi saya. Suara baru dan wajah baru. Saya terpaksa mengeluarkan banyak sisi baru saya, yang tidak pernah saya tunjukkan sebelum ini. Jadi saya juga mempunyai banyak kebimbangan.

Dibandingkan dengan Son Ye-jin, yang memegang watak utama wanita dalam prekuel “The Pirates” sebelum ini, pastinya sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Han Hyo-joo menjawab,

Sebenarnya, saya berbesar hati dapat mengikuti jejaknya, seperti sejenis silsilah. Saya akan berbohong jika saya kata saya tidak berasa tertekan semasa penggambaran. Jadi, saya mempunyai banyak kebimbangan untuk tidak merosakkan filem ini.

Dia juga bercakap tentang ‘chemistry’nya dengan pelakon “The Pirates: Goblin Flag”.

Saya bersyukur kerana saya dapat bertemu pasukan seperti ini. Ia seperti hadiah. Saya juga tertanya-tanya mengapa kami mempunyai kerja berpasukan yang menakjubkan. Saya sangat menyayangi mereka. Saya telah banyak menangis pada hari penggambaran terakhir, dan ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku.

https://www.youtube.com/watch?v=ZSDcwrNLBCU

“The Pirates: Goblin Flag” akan mula ditayangkan pada 26 Januari ini. Tonton video trailer di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...