Ikuti Kami:

“Saya Rasa Bosan” – Kai EXO Kongsi Masa Sukar Sebagai Seorang Penyanyi

“Saya Rasa Bosan” – Kai EXO Kongsi Masa Sukar Sebagai Seorang Penyanyi

Kai EXO baru-baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Esquire Korea bagi edisi Februari!

Banyak perkara yang telah dibincangkan seperti hubungannya dengan muzik dan juga masa sukar sebagai seorang penyanyi. Ketika berborak tentang bagaimana pemuzik dan artis tidak dapat membuat persembahan secara terbuka selama dua tahun yang lalu disebabkan COVID-19, Kai merenungkan hubungannya dengan muzik dan bagaimana ia telah terjejas oleh wabak itu. Katanya,

Dulu saya fikir kebahagiaan terbesar sebagai penyanyi hanyalah menyanyikan lagu. Tetapi bukan itu sahaja. Kebahagiaan terbesar bagi seorang penyanyi adalah menyanyi untuk seseorang. Saya telah menyedari betapa pentingnya untuk mempunyai seseorang di situ. Apabila saya mengeluarkan lagu, saya dapat melihat berapa ramai orang telah mendengarnya. Tetapi ada kegembiraan yang sama sekali berbeza apabila saya berada di atas pentas. Apabila saya berada di atas pentas menyanyi dan menari, serta melihat orang ramai menyanyi bersama-sama dengan saya, ada kegembiraan sebenar di dalamnya.

Disebabkan wabak COVID-19 yang kian menular, Kai EXO turut meluahkan betapa sukarnya apabila tidak dapat membuat persembahan di hadapan orang ramai. Menurut Kai,

Tahun lepas adalah tahun paling sibuk dalam hidup saya. Tetapi dalam masa sibuk itu, saya berasa bosan. Saya tidak bermotivasi, saya rasa bosan dan tidak berseronok. Ini kerana saya tidak dapat berada di atas pentas. Sekarang kerana saya boleh membuat konsert dalam talian dan melihat reaksi peminat, saya dapat memenuhi beberapa rasa keinginan untuk berada di atas pentas.

kai exo esquire korea

Sabar ok Kai!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...