Ikuti Kami:

“Saya Rasa Bertanggungjawab” – Rating Drama Asyik Catat 1% Sahaja, Shin Yeeun Menangis Teresak-Esak

“Saya Rasa Bertanggungjawab” – Rating Drama Asyik Catat 1% Sahaja, Shin Yeeun Menangis Teresak-Esak

Tak dinafikan bahawa para pelakon sesebuah drama itu dalam diam turut dibebani dengan jangkaan penonton dan catatan rating. Malah hal ini turut diakui oleh pelakon Shin Ye-eun sendiri.

Terbaru, Shin Ye-eun telah duduk berbual bersama rakan baiknya iaitu pelakon Moon Ga-young mengenai karier mereka dalam program KakaoTV “Face ID”. Mula bercerita mengenai mereka yang saling bergantung antara satu sama lain, Shin Ye-eun turut meluahkan perasaan sedih dek dua dramanya yang mendapat rating rendah pada tahun ini.

Semasa memberitahu yang dia mahu berehat, Moon Ga-young bertanyakan apa yang mahu dilakukannya.

Apa sahaja, saya hanya mahu berehat sekarang.

shin yeeun menangis

Selepas itu, Moon Ga-young juga menceritakan bahawa dia merasakan seperti sudah sampai hadnya. Dalam pada itu, Shin Ye-eun mula menangis teresak-esak.

Moon Ga-young terus memeluk rakannya itu dan menanyakan sama ada dia mempunyai sebarang masalah. Jawab Shin Ye-eun,

Saya merasakan yang sekiranya ada apa-apa berlaku, semuanya adalah salah saya. Saya hanya mahu lakukan yang terbaik, saya akan lakukan yang terbaik. Apabila anda bekerja dalam projek, banyka tanggungjawab anda kan? Ini kali pertama saya merasakan bebanan seperti ini. Sehingga zaman sekolah, saya menyertai lakonan kerana sukakannya. Tapi kini saya tidak boleh sewenang hati menyukainya lagi, saya mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikannya.

shin yeeun menangis

Buat pengetahuan anda, Shin Ye-eun telah muncul dalam drama “Welcome” dan “More Than Friends” di mana keduanya hanya mampu kekal dalam lingkungan 1% sepanjang tayangannya.

Selepas mendengar luahan hatinya ini, kebannyakan netizen memujuknya dan mengatakan bahawa hal berkenaan rating bukanlah tanggungjawabnya memandangkan dia merupakan seorang pelakon yang baik. Cuma kedua drama yang dibintanginya itu mempunyai plot yang bosan lantas tanggungjawab itu harus diletakkan kepada penulis drama tersebut.

Sedih tengok Shin Ye-eun terpaksa menangis kerana drama lakonannya kurang mendapat perhatian ramai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...