Ikuti Kami:

“Saya Putuskan Untuk Bekukan Sel Telur” – Jang Doyeon

“Saya Putuskan Untuk Bekukan Sel Telur” – Jang Doyeon

Jang Do-yeon sememangnya terkenal dengan kebolehannya dalam menghidupkan suasana gelak tawa dalam mana-mana rancangan hiburan. Namun, dalam gelak tawanya di khalayak ramai, terselit satu rahsia mengenai dirinya yang ditanggung sendirian.

Jang Do-yeon serta seorang lagi tetamu, Hong Seok-chon tampil sebuah rancangan hiburan terbitan SBS, “Dolsing Fourmen” di samping empat pengacara iaitu Lee Sang-min, Tak Jae-hoon, Im Won-hee dan Kim Jun-ho.

Dalam pada itu, Lee Sang-min berseloroh dengan berkata,

Do-yeon kan pengacara untuk “Story Of The Day When You Bite Your Tail”. Jadi memandangkan pengacara itu sendiri hadir hari ini, apa kata kita cuba “Secret Story Of The Day When You Bite Your Tail” untuk kali ini. 

jang doyeonLebih menimbulkan tanda tanya apabila Jang Do-yeon berkata,

Saya tidak tahu reaksi penonton mengenai perkara “rahsia” ini. Namun, demi keikhlasan kalian yang ditunjukkan, saya rasa saya perlu memberitahu perkara ini buat pertama kalinya. 

Riak wajah keempat-empat pengacara itu jelas tertanya-tanya malah mereka juga kelihatan sedikit risau dengan pengakuan yang bakal dilakukan Jang Do-yeon.

Perkara ini sebenarnya hanya kenalan rapat sahaja yang tahu. Ada suatu hari di mana, saya mengeluarkan satu alamat klinik OB-GYN daripada kenalan rapat dan terus kesana.

Sejurus tiba di sana, saya bertemu dengan seorang doktor lalu dia bertanya mengenai keadaan saya. Itu merupakan hari di mana saya membuat keputusan terbesar dalam hidup. Saya terus berkata kepada doktor itu, saya ingin meneruskan dengan keputusan saya. 

Saya memutuskan untuk membekukan ‘telur’ ovari saya. Saya sudah lama memikirkan perkara ini dan saya tetap melakukannya. 

jang doyeonPerkara itu jelas mengejutkan keempat-empat pengacara tersebut. Mereka dalam pada itu turut memahami punca keputusan itu dibuat kerana semestinya ia bukan perkara mudah buat Jang Do-yeon.

Stress sangat kot kan? Kesiannya Jang Do-yeon..

Semoga terus kuat dan semangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...