Ikuti Kami:

“Saya Pun Sibuk..” – Peminat Risau Unsur Negatif Dalam Drama Ditawarkan, Kim Namgil Beri Respon

“Saya Pun Sibuk..” – Peminat Risau Unsur Negatif Dalam Drama Ditawarkan, Kim Namgil Beri Respon

Sepertinya Kim Nam-gil memahami kegusaran peminat.

Kelmarin, agensi Kim Nam-gil mengesahkan bahawa pelakon itu telah menerima tawaran untuk membintangi drama “Get Schooled” yang akan datang, berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama. Walaupun dia belum membuat keputusan, ramai peminat meluahkan kebimbangan mengenai webtoon asal, yang sebelum ini dikritik kerana unsur misogynist, perkauman, dan gambaran keganasan fizikal.

Tak lama kemudian, pelakon lelaki itu secara peribadi mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan membintangi drama tersebut menerusi satu entri.

Saya mendengar bahawa semalam, ramai peminat saya bimbang kerana artikel tentang saya yang dikatakan akan membintangi drama lain.

kim namgil

Jelasnya panjang,

Walaupun benar bahawa agensi saya menerima tawaran untuk “Get Schooled”, atas rasa hormat kepada mereka yang memberikan tawaran tersebut, saya memerlukan sedikit masa untuk menyemak projek itu secara peribadi dan menyampaikan sama ada saya ingin menolak atau menerima. Tetapi buat masa ini, saya tidak mempunyai masa atau keupayaan untuk memikirkan perkara lain selain daripada “The Fiery Priest”.

Kim Nam-gil menjelaskan bahawa dia sentiasa tidak akan cuba mengecewakan peminat yang sudah banyak memberikan kasih sayang buat projek lakonannya. Akhir kalam, dia meminta semua memberikan sokongan penuh buat “The Fiery Priest 2” yang bakal bersiaran pada hari ini.

Bagus kan Kim Nam-gil?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   OSEN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...