Ikuti Kami:

“Saya Pun Patut Bersenam..” – Nampak ‘Fit’ & Sihat, Penampilan TWICE Di Konsert US Dipuji

“Saya Pun Patut Bersenam..” – Nampak ‘Fit’ & Sihat, Penampilan TWICE Di Konsert US Dipuji

Kesemua sembilan ahli TWICE tidak dinafikan mempunyai aura tersendiri kan?

Pada 15 Februari, TWICE telah memulakan konsert jelajah dunia di Amerika Syarikat mereka, dengan konsert  pertama di The Forum Inglewood, California. Pertunjukan itu menandakan permulaan jelajah pertama mereka dengan kesemua sembilan ahli di sana.

Meskipun konsert itu hanya boleh ditonton secara langsung di stadium, tanpa apa-apa laman penstriman sah yang menayangkan persembahan TWICE secara dalam talian, namun, semua peminat di seluruh dunia turut teruja, dengan foto serta klip video pendek artis kegemaran mereka itu, dimuat naik oleh peminat yang menghadiri secara bersemuka.

twice world tour in US

Kredit: @tphamBU/Twitter

Bukan sahaja peminat, malahan netizen turut sama kagum dengan penampilan TWICE yang kelihatan ‘sihat’ dan cergas di konsert itu! Antara komen pujian yang ditulis:

Saya…patut…bersenam.

Wow, mereka semua mesti banyak bersenam. Sungguh hebat.

Wah, Ji-hyo…Aura dia sangat mengagumkan.

Wow..perut Momo.

twice in LA

Kredit: @tphamBU/Twitter

Memang lain macam aura TWICE!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...